Permotoran Semasa Terkini

MAM tubuh jawatankuasa khas SOP

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mokhzani Tun Mahathir

 

PERSATUAN Sukan Bermotor Malaysia (MAM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas SOP yang terdiri daripada pemilik litar dan penganjur acara bagi memastikan SOP khas sukan permotoran selari dengan SOP AM sektor sukan serta rekreasi yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Presidennya, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata, MAM bersama KBS dan promoter PETRONAS Malaysian Cub Prix, Two Wheel Motor Racing (TWMR) telah banyak berusaha untuk memastikan sektor permotoran dapat dibuka dan banyak kompromi perlu dicapai dengan pihak MKN dan KKM.

“MAM telah mengeluarkan garis panduan dan protokol khas bagi Sukan Permotoran yang telah diterbitkan dan dikongsikan kepada semua penganjur-penganjur kejohanan. Oleh yang demikian pihak MAM berharap semua yang terlibat dapat mematuhi SOP yang telah digariskan.

“Sebagai badan induk sukan permotoran dua roda di Malaysia, MAM mengambil pendekatan yang inklusif (“inclusive”) terhadap semua ekosistem yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sukan permotoran ini.

“MAM percaya bahawa input positif daripada kesemua pihak adalah penting untuk memastikan bahawa sukan permotoran terus maju,” jelasnya.

Saingan Cub Prix musim ini akan membuka tirai bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang dengan pusingan kedua akan berlangsung 4 April depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: