Antarabangsa Bola Sepak

Guardiola membisu isu perpindahan Erling Haaland

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Haaland jadi sasaran kelab gergasi termasuk City.

PEP Guardiola mengambil sikap berdiam diri ketika ditanyakan hasratnya merekrut  penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland ke Etihad.

Haaland yang tajam di kotak penalti kini menjadi salah satu penyerang yang paling diburu kelab besar di Eropah.

Ditambah pula City diketahui tengah mencari pengganti Sergio Aguero yang mana kontraknya akan berakhir.

“Dia pemain Dortmund. Saya tidak suka ketika orang-orang membicarakan pemain saya. Anda faham, saya tidak dapat menjawab pertanyaan ini,” kata Guardiola.

Meskipun menolak bercakap tentang minat City terhadap Haaland, Guardiola akui faham sangat mengapa bintang muda itu mencetuskan buat mulut kalangan peminat.

“Angka (jaringan gol) yang berbicara. Dia salah satu penyerang terbaik di dunia pada usianya,” kata Guardiola.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: