
Oleh : Subkhi Sudarji
SELEPAS hampir melakar kejutan menewaskan Terengganu FC di Kuala Terengganu dan meraih tiga mata penuh, Melaka United FC bakal berdepan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.
Namun disebalik prestasi menakjubkan dengan dianggap pakar seri selepas empat perlawanan, MUFC dikenakan tindakan pemotongan tiga mata ekoran gagal menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain menyebabkan mereka kini hanya mengutip satu mata dan berada dikedudukan 10 liga.
Menanti kunjungan KLUFC bukanlah satu tugas mudah memandangkan anak didik Bojan Hodak kini memiliki motivasi tinggi selepas membenam cabaran Perak FC , 3-0 di Stadium Cheras, Rabu lalu.
Difahamkan MUFC terpaksa melupakan sentuhan penyerang importnya dari Montenegro, Stefan Nikolic bagi aksi malam ini ekoran kecederaannya yang masih belum pulih sepenuhnya lantas jentera serangan perlulah lebih bernafsu memburu gol bagi meraih kemenangan pertama selepas lima perlawanan.
Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan mahu barisan pemainnya khusus jentera serangan lebih tajam menghidu peluang menjaringkan gol.
“Kita masih menanti bisa penyerang, masih belum kelihatan ini yang kami nantikan. Untuk aksi menentang KLUFC malam ini saya mahu pemain membuktikannya.
“Elakkan kesilapan mudah yang memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol,” jelasnya.





Add Comment