Bola Sepak Semasa Terkini

Warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan ke stadium


Reezal Merican Naina Merican

 

Oleh : Subkhi Sudarji

“MEMANG tiada undang-undang yang melarang kemasukkan kanak-kanak dan warga emas ke stadium tetapi mereka antara kumpulan yang mudah terdedah dengan kebarangkalian Covid -19”, jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal berkata, pada masa sama kaedah kemasukkan penonton ke stadium serta aktiviti sebelum serta selepas perlawanan juga perlu dihalusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana kita mahu kerancakkan saingan Liga Malaysia berterusan mengikut SOP yang ditetapkan.

“Penjualan tiket secara dalam talian, tempat penjualan makanan berkonsepkan ‘food truck’ diluar stadium perlu ada SOP dan dipatuhi.

“Kanak-kanak dan warga emas tidak digalakan hadir ke stadium kerana mereka antara kumpulan yang mudah terdedah dengan Covid -19,” katanya kepada media selepas menyampaikan surat perlantikan Panel Of Experts Kementerian Belia dan Sukan kepada penerima di Putrajaya hari ini.

Reezal Merican turut memaklumkan, usaha ini perlu dijayakan bersama bagi memastikan kebenaran penonton ke stadium berterusan sehinggalah tamat saingan.

Katanya lagi, kita amat berhati-hati dan saya akan yakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa segala usaha yang dilakukan selama ini mencapai matlamat.

“Sebab itu saya buat Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 2 April 2021 (Jumaat) dan Stadium KLFA Cheras pada 3 April 2021 (Sabtu).

“Ada stadium yang memiliki pintu masuk yang besar dan kecil, jika dua ribu penonton berkumpul ia akan menjadi kelompok yang besar.

“Saya akan tunjukkan kepada MKN dan KKM namun pada masa sama saya juga mahu lihat penonton menjayakannya, kita sama-sama lakukan, kalau mereka gagal laksanakan mungkin kebenaran ini tidak akan terjadi lagi pada perlawanan berikutnya.

“Saya buat ini untuk beri harapan dan sebagai satu perjuangan peminat bola sepak dalam mengembalikan kerancakkan saingan. Kita perlu jaga sukan dan kita jaga kita,” jelasnya.

Reezal menyerahkan surat perlantikan Panel of Experts kepada penerima.

 

Pada perkembangan sama, Reezal memaklumkan perlantikan 25 orang individu menganggotai Jawatankuasa Panel of Experts berperanan untuk memberi nasihat panduan dan kontruktif terhadap dasar dan program yang dirancangkan KBS.

“Selain itu, ia menjadi pelengkap kepada idea-idea baharu dalam konteks pembangunan belia dan sukan negara, membantu kementerian dalam aspek komunikasi dasar dan program strategik.

“Jawatankuasa ini juga akan melihat secara khusus pembangunan belia dan sukan dalam beberapa bidang tumpuan seperti pembangunan ekonomi belia, pendigitilan dan revolusi industri 4.0 serta pembangunan industri sukan berlandaskan wawasan kemakmuran bersama 2030,” tegasnya.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: