Bola Sepak Semasa Terkini

Misi ubah persepsi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Berlin Leong beraksi bersama C. F. Pozuelo di Sepanyol

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Jika ditanya siapakah Safawi Rasid, Safee Sali, Akhyar Rashid mahu pun beberapa nama pemain bola lain sudah pasti ramai yang mengenali individu berkenaan.

Itu cerita untuk bola sepak lelaki yang jelas cukup sinonim dengan industri ini di Malaysia namun bagaimana pula dengan pelopor sukan ini dikalangan wanita?

Persoalan itu nyata menjadi topik menarik untuk diperkatakan ketika jurang kedua-dua kategori jelas ketara.

Jika golongan lelaki ada saingan Liga Malaysia (Liga M), saingan wanita pula tidak semeriah mana dan hanya berkisar pertandingan berbentuk karnival menerusi penganjuran Piala Tun Sharifah Rodziah.

Dalam tidak sedar, kita sebenarnya ramai bakat pemain bola wanita dan yang terbaru Berlin Leong sudah pun berkelana di luar negara.

Penjaga gol skuad wanita, Nurul Azurin Mazlan antara pemain yang menyinar

Hakikatnya, ia lebih kepada permainan persepsi dikalangan masyarakat yang melihat sukan itu tidak feminin dan mungkin tiada masa depan seperti golongan lelaki.

Situasi itu diakui sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.

Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

“Kadang-kadang masyarakat di luar sana bermain dengan persepsi sebab beranggapan bola sepak wanita tidak akan kemana dan itulah yang kita kena ubah.

“Realiti ini hanya boleh diberi oleh orang yang rasa kesusahan itu. Mahu ubah persepsi itu tidak hanya kami di FAM saja tetapi semua pihak harus jalankan tanggungjawab masing-masing.

“Kita akan cuba tingkatkan bola sepak wanita. Sepatutnya kita perlu seiring dengan negara lain dan tidak boleh jauh ketingalan di belakang.

“Kita mesti terus maju lebih ke depan dan bukannya hanya bersedia ketika ada pertandingan saja,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: