Antarabangsa Badminton

Ini tak adil !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yigit akur keputusan penganjur walaupun ralat dengan apa berlaku.

 

PEMAIN badminton wanita Turki, Neslihan Yigit melihat keputusan pihak penganjur menyuruhnya menarik diri dari All England 2021 sebagai tidak adil.

Walaupun begitu, Yigit berharap pandemi COVID-19 cepat selesai dan pertandingan berjalan seperti biasa.

Nama Yigit jadi buah bibir di Indonesia ketika dia dipaksa menarik diri oleh kontinjen Indonesia yang terpaksa ‘keluar’  awal dari kejohanan kerana salah satu penumpang yang berada dalam satu pesawat disahkan positif COVID-19.

Akibatnya, pihak berkuasa di England, National Health Service (NHS), meminta supaya pasukan Indonesia melakukan isolasi sendiri selama 10 hari.

Ini bermaksud, semua pemain Indonesia tidak boleh beraksi All England 2021 yang akan berakhir pada akhir minggu ini.

Kebetulan ada pemain dari Turki, Neslihan Yigit yang satu pesawat dengan Indonesia, namun tidak dihalang meneruskan pertandingan. Yigit bahkan layak ke pusingan kedua selepas mengalahkan wakil Perancis, Marie Batomene, 13-21, 21-19, dan 21-17.

Asalnya,Yigit akan menghadapi Akane Yamaguchi dari Jepun, semalam.Namun, kerana protes keras dari kontinjen Indonesia, menyebabkan  Yigit berstatus tak layak dan diminta menjalani kurantin.

Luahan Yigit menerusi Instagram.

 

Yigit mengungkapkan isi hatinya di akuan instagramnya, @neslihanyigits.

Menurutnya, penyingkiran ini tidak adil sebab masih ada pasukan lain yang kontak dengan pesakit positif corona, tapi masih dibenarkan bermain setelah dinyatakan negatif.

“Saya ingin menceritakan situasi saya saat ini. Saya sudah mempersiapkan diri untuk kejohanan Yonex All England. Atas alasan diluar bidang saya, saya akhirnya dipaksa tarik diri dari kejohanan ini dan juga berikutnya di Orleans Masters di Perancis minggu depan. Saya rasa ini tidak adil,” ” ujar Yigit.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: