Bola Sepak Terkini

Trio pelakar sejarah


Dominique Da Sylva (tengah) dan Romel Morales (kanan) masing-masing meledak gol buat Kuala Lumpur City FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KELIBAT Paulo Josue jelas sudah tersemat dalam sejarah bola sepak Kuala Lumpur City FC dalam menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Perak FC.

Pemain dari Brazil itu jelas berada di puncak ketika kesemua jaringan dihasilkan pasukan itu berpunca daripada lorongannya untuk membantu Kuala Lumpur City FC menang 3-0 ke atas Perak FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Bojan Hodak

Ini kekalahan pertama Perak sejak kali terakhir tunduk kepada skuad Ibu Kota pada 28 Julai 2010 dengan keputusan 1-0.

Perkembangan semasa itu kembali meletakkan skuad kendalian Bojan Hodak di landasan terbaik untuk muncul selaku salah satu calon pencabar kejuaraan.

“Saya tidak bercakap soal individu kerana setiap perlawanan kami menunjukkan peningkatan. Pertahanan melakukan tugas dengan baik.

Dominique Da Sylva (no.11), Paulo Josue (no.28) dan Romel Morales (no.7) nadi Kuala Lumpur City FC

“Malah Dominique Da Sylva juga sudah menjaringkan gol setiap perlawanan,” kata Hodak ketika sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Selain Josue, Romel Morales juga muncul nadi kepada kemenangan Kuala Lumpur City FC selepas meledak dua gol bagi melengkapkan satu lagi jaringan daripada Da Sylva.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading