Bola Sepak Semasa Terkini

TFC terselamat, MUFC lepas peluang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alex Goncalves diraikan rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

“BILA kami nak dapat tiga mata”, itulah ayat yang disuarakan pengendali Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan selepas anak didiknya terlepas peluang merasai kemenangan pertama selepas empat perlawanan Liga Super 2021.

Tidak menafikan terkilan gagal meraih tiga mata pertama selepas mendahului seawal minit kedua perlawanan dan hampir meleburkan rekod tanpa kalah Terengganu FC, barisan pemain MUFC kini memiliki motivasi tinggi.

“Tidak dinafikan memang kami hadir dengan buruan tiga mata, perlukan kemenangan bermain ditempat lawan bukanlah mudah apatah lagi dengan prestasi semasa TFC ketika ini.

“Pemain melakukan kerja dengan baik, mendominasi perlawanan namun saya terkilan dengan kehilangan dua mata tapi pada masa sama keputusan seri juga amatlah bermakna buat pasukan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan .

Mintah menyelamatkan TFC dari mengalami kekalahan pertama apabila menjaringkan gol penyamaan.

 

Sementara itu, Nafuzi Zain pula menyifatkan lawan memberikan saingan sengit terutamanya pada awal permainan hingga mereka berjaya mendahului.

“10 minit pertama MUFC bermain baik dari segi hantaran bola, memberi tekanan malah mereka bebas, permulaan TFC sedikit perlahanan.

“Mungkin pemain saya terlalu banyak memberi ruang kepada pemain MUFC. Selepas 20 minit barulah kita dapat lihat permainan sebenar TFC.

“Bagi saya satu mata juga cukup berharga buat pasukan,” tegasnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu, pelawat terlebih dahulu berada dihadapan melalui sepakan penalti yang disempurnakan pemain import kelahiran Brazil, Alex Goncalves pada minit kedua namun Jordan Mintah berjaya menyelamatkan rekod tanpa kalah TFC selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 66 untuk kedudukan 1-1.

Keputusan seri itu adalah keempat berturut-turut buat Melaka United manakala TFC berjaya mengelak rekod tanpa kalah lebur di laman sendiri selepas empat perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: