Badminton Semasa Terkini

Seu Bock mahu Zii kekal fokus

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Zii Jia mula tunjuk tanda positif pulih keyakinan.

LEE Zii Jia perlu kekal fokus untuk memastikan diri mampu tampil lebih digeruni lawan di kejohanan All England yang sedang berlangsung di Birmingham.

Jurulatih perseorangan negara, Datuk Tey Seu Bock berkata sudah ada tanda positif daripada Zii Jia yang kehilangan keyakinan dalam empat kejohanan terakhir yang disertainya.

“Dia nampak sudah ada semangat untuk mahukan kemenangan. Ini petanda yang baik dan saya harap dia dapat kekal seperti itu.

“Zii Jia hanya perlukan sesuatu kemenangan besar yang boleh mengembali keyakinannya…harap dia boleh menyambung kembali peningkatan yang terhenti selepas All England tahun lalu ,” kata Seu Bock ketika dihubungi CAKAPSUKAN.

TEY SEU BOCK

Pemain tinggi lampai yang genap berusia 23 tahun pada 29 Mac ini, memulakan kempen kali ini dengan menewaskan
Brian Yang dari Kanada 21-13, 21-10 dan akan menentang pemain Denmark, Hans Kristian Solberg di pusingan kedua nanti.

“Dalam perlawanan tadi, memang Zii Jia tidak diuji kerana lawan gagal memberi saingan untuk dia mencari rentak.

“Namun keyakinannya nampak lebih baik berbanding ketika di Bangkok, Januari lepas,” kata Seu Bock.

Zii Jia, pemain nombor 10 dunia, mara ke separuh akhir All England tahun lalu, namun tidak dapat menunjukkan peningkatannya lagi selepas itu berikutan hampir semua kejohanan dalam kalendar BWF dibatalkan akibat pandemik Covid 19.

Ia nyata menjejaskan Zii Jia selepas hampir setahun tidak beraksi di pentas dunia sehingga gagal mencatat kejayaan diharapkan di dua kejohanan Terbuka Thailand dan pusingan akhir Jelajah Dunia di Bangkok, Januari lalu serta Terbuka Switzerland, awal bulan ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: