
SKUAD badminton Indonesia ke All England diarah menarik diri daripada kejohanan All England yang baru bermula di Birmingham semalam.
Difahamkan tindakan itu dibuat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas skuad berkenaan dikatakan berada dalam pesawat sama yang menyaksikan ada kes positif di dalamnya.
Perkara ini turut dinyatakan oleh pakar beregu Indonesia, Marcus Gideon dalam instagramnya sebentar tadi.
Berikutan arahan itu, pemain-pemain Indonesia yang belum beraksi sebelum arahan tersebut dikeluarkan, terpaksa menarik diri termasuk perlawanan antara pemain nombor lima dunia, Anthony Ginting menentang Thomas Rouxel dari Perancis.





Add Comment