
Oleh : Mohd Fahmi Ismail
SEPERTI dijangka Benjamin Mora, Selangor FC datang ke Stadium Sultan Ibrahim bagaikan perlawanan akhir Piala Dunia.
Malahan, dua sepakan penalti yang dipersia-siakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) merugikan dua mata penting pada pertemuan Liga Super 2021 malam tadi.
“Terlepas penalti pertama tentu saja membuat pasukan kecewa dan itu memberi Selangor pemikiran bahawa mereka masih mempunyai peluang untuk menentang kami.
“Selangor datang ke sini seperti perlawanan akhir Piala Dunia. Kami mengharapkan Selangor menjadi agresif dan mereka melakukan itu,” ujar pengendali JDT selepas permainan.
Selangor terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah melalui jaringan Ifedayo Olesegun minit ke-7 namun JDT hanya perlukan empat minit untuk menyamakan kedudukan melalui gol cantik dari Bergson da Silva.
“Ini adalah hasil yang membuat saya tidak berpuas hati dengan keputusan seri tetapi saya gembira dengan cara pemain menunjukkan kesungguhan, taktikal.
“Selangor melakukan apa yang tidak dilakukan oleh orang lain sebelum ini tetapi kami telah menjangkakannya,” katanya lagi.
JDT akan berkunjung ke Ipoh menentang Perak FC pada 21 Mac ini.
Sementara itu, jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel?memuji aksi semua pemain terutama penyerang, Ifedayo Olesegun dan pemain gantian, Mukhairi Ajmal dan Ahmad Danial.
“Pemain tunjuk mentaliti tinggi, disiplin dan persembahan berkualiti. Ada peluang di masa kedua termasuk pada hujung masa tambahan menerusi Mukhairi.
“Tapi tak masuk dan keputusan 1-1 ini cukup memuaskan hati kami bertandang ke tempat lawan,” katanya.





Add Comment