
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
TONGGAK tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar akan terus bersikap ‘tamak’ dan tidak mudah cepat berpuas hati dengan satu jaringan ketika menewaskan Petaling Jaya City FC 3-1 di Stadium Darul Aman, semalam.
Malah jaringan yang dihasilkan itu menutup segala kritikan yang pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini.
“Kritikan itu saya dah lali sebab kita kena anggapnya sebagai cabaran dalam hidup. Saya anggap ia sebagai sesuatu yang pasitif untuk majukan team.
“Saya masih cari jaringan dan saya tidak akan berpuas hati. Saya hanya akan puas hati kalau dapat dakap piala tahun ini,” katanya.
Terdahulu, Petaling Jaya FC yang diperkuatkan pemain tempatan membuka jaringan menerusi R Kogileswaran namun KDA FC pamer kebangkitan bermula dengan gol penyamaan daripada Baddrol.

Bintang import, Kpah Sherman dan Fayadh Zulkifli menambah dua lagi gol untuk memastikan tiga lagi mat buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.
“Ia adalah normal pemain bola melalui saat naik dan jatuh. Kami kena tingkatkan lagi permainan bagi memastikan pasukan benar-benar sedia untuk menghadapi pasukan lain yang lebih kuat,” katanya.
Add Comment