Bola Sepak Semasa Terkini

Perjalanan masih jauh ; TMJ

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Komen Tunku Ismail di laman Instagram kelab, officialjohor.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

“BERGERAK pandang ke depan, perjalanan masih jauh”, itulah komen ditinggalkan pemilik pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas JDT seri pada aksi menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Tunku Ismail turut menyifatkan nasib tidak menyebelahi Harimau Selatan dan mahu skuad kendalian Benjamin Mora itu terus melangkah ke depan kerana perjalanan musim ini masih panjang.

“Pertama, dua penalti tak masuk dan bola kena palang. Tidak bernasib baik,” tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Kedua, apabila Elche seri dengan Barcelona, Barcelona sedih dan Elche gembira. Itu cerita dia. Jadi sekarang bergerak dan pandang ke depan. Perjalanan masih jauh.” jelasnya menerusi satu komen Tunku Ismail di laman Instagram kelab, officialjohor.

Skuad Harimau Selatan yang juga juara Liga Super tujuh kali berturut-turut bagaimanapun melepaskan dua peluang keemasan untuk melebarkan rekod kemenangan musim ini apabila Gonzalo Cabrera dan Bergson Da Silva gagal menyudahkan sepakan penalti pada babak pertama dan kedua.

Walaupun mencatat keputusan seri, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut ini masih kekal menerajui liga selepas Terengganu FC juga hanya sekadar seri 1-1 menentang Melaka United FC, di Kuala Terengganu.

Skuad bimbingan Benjamin Mora kita mengutip 10 mata hasil tiga kemenangan serta satu seri dan bakal berkunjung ke Stadium Perak, Ahad ini menentang Perak FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: