Basikal Terkini

Yee Fatt kembali dengan matlamat tiga mata


Yee Fatt mahu pemainnya memanfaatkan peluang terhidang dengan jaringan gol.

 

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad

PENGENDALI Perak FC, Chong Yee Fatt akan kembali ke ‘pejabat’ bekas majikannya untuk aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Perhitungan itu pasti mengimbau cerita lama penuh makna buat Yee Fatt namun keutamaannya sudah pasti untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh perofesional.

Disebalik tumpuan untuk menyaksikan kepulangan semula Yee Fatt ke Kuala Lumpur, lain pula yang bermain di fikiran jurulatih itu.

Aspek penyudah menjadi kerisauan Yee Fatt selepas hanya mampu meledak dua gol dalam tiga perlawanan awal.

“Kami memang ada masalah di bahagian atas dan kami perlu perbaikinya,” katanya.

Daripada rekod kedua-dua pasukan sepanjang tiga perlawanan awal musim ini, peluang boleh dikatakan seimbang.

Dan ketika Yee Fatt risau terhadap sentuhan penyudah, rakan sejawatnya, Bojan Hodak mengharapkan ketenangan mampu dijelmakan anak buahnya.

“Kami mudah hilang bola dan itu yang perlu kami baiki,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading