Bola Sepak Semasa

Trucha, Bernhardt senada

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Trucha memerhatikan aksi pemain Penang FC pada saingan Liga Super 2021, semalam.

KEDUA-DUA pengendali daripada UiTM FC dan Penang FC memberikan reaksi positif selepas menamatkan perlawanan Liga Super 2021 dengan berkongsi mata di Stadium Bandaraya.

Percubaan terbaik pada babak pertama hadir kepada pemain UiTM, Rafie Mat Yaacob, namun Sam Somerville berjaya menepis rembatannya.

Sambung babak kedua, pasukan tuan rumah mempunyai beberapa peluang untuk membuka tirai jaringan menerusi penyerang dari Brazil, Casagrande, tetapi gawang UiTM tetap utuh bertahan sehingga wisel penamat.

“Kami bermain baik dan dapat kutip satu mata berbanding ketika kalah minggu lepas. Pemain sajikan aksi terbaik dan Casagrande peluang tapi tak masuk.

“Kami akan mengemaskini pasukan bagi menghadapi permainan akan datang,” kata jurulatih Penang FC, Tomas Trucha.

Sementara itu, Frank Bernhardt berpuas hati penampilan anak yang tidak pulang tangan kosong ke Shah Alam.

“Separuh masa ada peluang kami menjaringkan gol dan satu masa ini cukup istimewa.

“Cuma di babak kedua kami melakukan banyak kesilapan,” ujarnya menuntut pemain kembali fokus perlawanan Kedah Darul Aman FC Sabtu ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: