
Oleh : Mohd Fahmi Ismail
SEGALANYA nampak sempurna bagi jurulatih Johor Darul Ta’zim 2, Rafael Francisco cuma dirinya hanya kurang senang keputusan perlawanan ketika diikat seri tanpa jaringan bertemu Kelantan United FC, petang semalam.
“Kita dapat kutip satu mata (bermain di tempat lawan). Separuh masa ditunjukkan pemain begitu baik dan saya fikir ada empat, tiga peluang menjaringkan gol.
“Saya puas hati persembahan pemain kecuali tidak gembira keputusan perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Kota Bharu.
Mengulas persiapan bagi aksi akan datang, Francisco tetap akan mengamalkan gaya permainan serupa, cuma akan menajamkan lagi sentuhan penyudah di barisan hadapan.
“Kami cuba cipta peluang dan cuba jaringkan gol. Itu objektif utama pasukan JDT 2,” ujarnya lagi.





Add Comment