Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

TMJ, POR FAVOR SALVA ESTE CLUB

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Oleh Mohd Fariq

DRAMA perkembangan mengenai pemilikan kelab La Liga, Valencia semakin hangat diperkatakan awal pagi tadi waktu tempatan apabila sebahagian besar media dan penyokong bola sepak di Sepanyol terutamanya di Valencia bercakap mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beberapa pundit, pihak media dan penyokong di laman media sosial mahukan pemilik asal dari Singapura, Peter Lim segera melepaskan penguasaan ke atas kelab yang dipegangnya untuk mengelak konflik lebih buruk berlaku.

Hutang yang semakin bertambah saban tahun menambahkan kebencian dan kekusutan penyokong Los Ches sejak sekian lama.

Rata-rata mereka mahukan TMJ segera hadir ke Valencia demi usaha menyelamatkan imej pasukan bola sepak tersohor yang berpangkalan di Valencia itu.

Pedro Morata, pemilik portal sukan Yosoynoticia ketika diwawancara stesen radio A Punt Esports semalam memberikan komentar pedasnya terhadap Lim.

“Saya berpendapat bahawa Valencia tidak akan menghadapi masalah untuk turun ke divisyen kedua atau muflis, dengan syarat Peter Lim keluar dari kehidupan mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang penulis bolasepak veteran Sepanyol memberitahu CAKAPSUKAN, TMJ seharusnya mengambil alih Valencia secepat mungkin.

“Peminat dan pemerhati bolasepak Sepanyol khususnya di Valencia amat teruja dengan kejayaan and kemampuan TMJ melihat transformasi di lakukan kepada pasukan JDT.

“Mengambil kira semua aspek, dan apatah lagi dari zero ke hero, bagaimana JDT boleh menjadi satu aras tanda kejayaan di bawah tangan TMJ, bayangkan apa beliau boleh lakukan untuk Valencia.

“Valencia dah mempunyai asas, itu pasti, tetapi buat masa ini Peter Lim tidak sesuai lagi untuk menjadi pemilik kelab.

“Valencia memerlukan orang baru dan TMJ adalah orangnya,” kata penulis veteran ini.

Berita dari Marca sebelum ini melaporkan, secara langsung dan tanpa bersembunyi, TMJ sudah bercakap secara terus terang mengenai kedatangannya di Valencia.

Laporan itu juga menyebut, Putera Johor sudah bercakap seolah-olah dia adalah pemilik kelab yang baru dan cukup meminati bola sepak

Sehingga artikel ini ditulis, kelab Valencia bergelut pada kedudukan ke-12 dan hanya mengutip 30 mata liga serta ketinggalan 15 mata di belakang Real Sociedad untuk mengisi slot Liga Europa.

Berdasarkan harga pasaran semasa, nilai Valencia dianggarkan sekitar € 408 juta (RM1.9 bilion).

TMJ mengambil alih JDT pada tahun 2012, dan di bawahnya, Harimau Selatan menjadi pasukan yang paling dominan dalam bola sepak Malaysia, memenangi tujuh gelaran Liga Super berturut-turut dan Piala AFC peringkat Asia pada tahun 2015.

Selain itu, JDT mempunyai fasiliti latihan dan segalanya, yang terbaik di Asia Tenggara, dan antara terbaik di Asia.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: