
JURULATIH Kelantan United FC (KUFC), Akira Higashiyama berang apabila gagal meraih mata penuh pada aksi Liga Premier melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim 2 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, petang semalam.
“Saya tidak gembira dan amat marah kepada diri dan pemain kerana perancangan kami adalah mahukan tiga mata.
“Pemain tidaklah bermain buruk, kadang-kadang kena faham bila melakukan kesilapan.
“Kami dah buat terbaik, cipta beberapa peluang terutamanya di babak kedua,” ujarnya.
KUFC kini mengutip tujuh mata selepas empat perlawanan dan akan bertemu Selangor FC 2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat ini.
“Kami akan cuba yang terbaik pada aksi itu nanti,” jelasnya,” katanya.





Add Comment