Bola Sepak Semasa Terkini

TFC miliki kelebihan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Faisal (tengah) bersama rakan sepasukan menjalani latihan menjelang aksi malam ini.

Oleh : Subkhi Sudarji

JIKA prestasi semasa mampu dikekalkan Terengganu FC, tiga mata pasti milik tuan rumah pada aksi Liga Super berdepan Melaka United FC (MUFC) di Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu malam ini.

Bukan menidakkan keupayaan MUFC yang dibimbing Zainal Abidin Hassan namun berada dikedudukan ke 10 liga tanpa kemenangan selepas tiga perlawanan memperlihatkan jurang dengan tuan rumah yang kini berkongsi mata bersama pendahulu Liga Super, JDT.

Tanpa kehadiran pemain bintang tetapi pemain muda yang diketengahkan Nafuzi Zain bagi mengharungi musim ini sesuatu yang positif selain menjelmakan rentak permainan berbeza.

Bagi pemain sayap TFC,  Faisal Abdul Halim dia mengakui di sebalik tanpa kehadiran ramai pemain bintang, itu bukan halangan buat skuad Penyu mempamerkan prestasi yang cemerlang.

“Sebelum datang ke sini, saya ingatkan setiap pemain akan sentiasa diletakkan tekanan untuk menang namun nyata cara di sini berbeza di bawah jurulatih, Nafuzi yang ada caranya tersendiri disenangi semua.

“Suasana di sini lebih santai dan kami berasa lebih mudah untuk bermain tanpa ada rasa bebanan, itu menjadi salah satu faktor utama kami berjaya bermain agak baik dalam tiap perlawanan.

“Kami membuktikan di dalam pasukan ini walaupun majoriti terdiri daripada pemain muda, kami ada kualiti untuk pergi lebih dalam saingan Liga Malaysia selepas mampu meraih kemenangan dalam semua perlawanan setakat ini.

“Pemain import seperti Mintah dan Marcel jelas mahu dapatkan ruang bermain di Liga Super dan mereka membalas kepercayaan diberikan dengan banyak membantu pasukan dalam semua perlawanan yang dilalui,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: