Antarabangsa Bola Sepak Komentar Semasa Terkini

Adakah Jalil “MEDIUM” antara Berjaya dan Bola Sepak Malaysia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jalil Rasheed

 

Oleh :  Mohd Fariq

KUMPULAN Berjaya Corporation Bhd (Bcorp) telah melantik Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu.

Keputusan melantik Jalil dilihat adalah satu tindakan tepat yang dilakukan oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Jalil merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana beliau telah mencatatkan rekod menjadi antara CEO termuda dalam PNB, pada usia 38.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Raub, Pahang ini adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari London School of Economics & Political Science (LSE), United Kingdom dan memiliki pengalaman bekerja di United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura dan Indonesia.

Jalil memiliki latar belakang strategi korporat, pembangunan perniagaan, pemasaran dan lain-lain di dalam dunia perniagaan di mana beliau dilihat bakal menjadi salah satu aset terbaik kepada Kumpulan Berjaya pada masa datang.

Bagaimanapun daripada sudut lain, kemasukan Jalil dilihat bukan sekadar perspektif perniagaan semata-mata.

Vincent Tan

 

Umum mengetahui Vincent Tan adalah pemilik kelab Cardiff City dan KV Kortrijk di mana usahawan dari Johor itu merupakan peminat tegar sukan bola sepak.

Jalil juga berkongsi minat yang sama di mana beliau merupakan peminat tegar Liverpool dan bola sepak antara minat beliau yang mendalam.

Apa yang pasti, Jalil yang memecah tradisi menjadi individu pertama dilantik CEO yang bukan daripada kalangan keluarga Vincent Tan, bagaikan memberikan sesuatu petanda kepada Kumpulan Berjaya dan sukan bola sepak khususnya bola sepak tempatan.

Berdasarkan spekulasi sebelum ini, Kumpulan Berjaya antara salah satu syarikat korporat yang dikaitkan menjadi penaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari aspek pasukan kebangsaan.

Umum mengetahui Telekom Malaysia (TM) tidak lagi menaja pasukan kebangsaan dan hanya memberi fokus terhadap Liga Malaysia melalui Malaysian Football League (MFL).

Berbekalkan pengalaman dan faktor usia muda, Jalil dilihat individu tepat untuk menjadi medium di antara syarikat korporat dan sukan bola sepak negara.

Apatah lagi Vincent Tan telah berusaha keras untuk membantu bola sepak negara antaranya membawa Luqman Hakim Shamsudin ke KV Kortrijk sebagai prospek bola sepak negara pada masa akan datang.

Justeru penulis optimis pelantikan Jalil sebagai CEO Kumpulan Berjaya bukan sahaja memanfaatkan peluang daripada sektor perniagaan sebaliknya akan menjadi lebih agresif kepada pendekatan sukan negara khususnya bola sepak.

Kita sama sama nantikan perkembangan seterusnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: