Bola Sepak Semasa Terkini

Kipre tidak terkejut kemampuan PJ City FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kipre mahu rakan sepasukan memanfaatkan peluang terhidang bagi memastikan kemenangan menentang PJ City FC, malam ini.

PENJARING terbanyak Kedah musim lalu, Tchetche Kipre tidak terkejut dengan kemampuan PJ City setakat ini biarpun skuad yang diberi jolokan ‘The Phoenix’ dibarisi tanpa pemain import.

Meledak 7 gol dalam 11 perlawanan Liga Super mengatasi rakan sepasukannya, Kpah Sherman, sebanyak enam gol, Kipre melihat kekuatan lawan yang bakal ditentang pada aksi di Stadium Darul Aman malam ini berlandaskan bermain sebagai satu unit dan bekerja keras sepanjang permainan.

Jelas Kipre berdepan lawan pastinya sukar namun mereka perlu memanfaatkan segala peluang terhidang jika mahu terus konsisten meraih tiga mata di laman sendiri.

“Apa yang saya lihat tentang PJ City, mereka sebuah pasukan yang sentiasa bekerja dan mempunyai semangat berpasukan agak tinggi, jadi ini antara kekuatan yang dimiliki oleh mereka.

“Sudah tentu sukar buat mana-mana pasukan apabila berdepan mereka yang buat masa ini belum tewas dan kami perlu hormati mereka.

“Namun bermain di laman sendiri, kami tidak rela keciciran sebarang mata kerana ini kelebihan yang kami perlu ambil bagi memburu kedudukan liga yang lebih baik,” katanya.

Kipre telah menjaringkan satu gol bersama KDA FC pada musim ini semasa aksi bertemu Sabah FC yang membantu kepada kemenangan sulung pada musim ini selain satu mata yang dikutip semasa seri 1-1 dengan Penang FC.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: