Permotoran Semasa Uncategorized

SCK Honda Racing Team laung amaran awal


Jentera yang akan digunakan untuk saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

PASUKAN SCK Honda Racing Team melaungkan amaran awal dan bertekad mempertahankan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Walaupun dilihat sukar, tetapi mereka sudah bersedia!

“Juara musim lepas, Helmi Azman akan menjadi peneraju SCK Honda Racing
Team dalam kategori Premier.

“Turut berjuang bersama Helmi adalah Izam Ikmal Izamli dan rekrut baru, Md Azhar Abd Jalil yang hadir bersama pengalaman bertahun-tahun berlumba dengan jentera 150 cc,” kata kenyataan media diterima Cakap Sukan.

Jentera Honda RS150R yang memenangi kejuaraan dibuat semula untuk menyediakan kuasa yang lebih lancar tanpa perubahan besar di bahagian lain.

“Jentera ini telah terbukti pantas, boleh dipercayai dan berdaya saing.

“Untuk kelas CP125 kami mempunyai Honda Dash 125 baru untuk menggantikan Dash 110Fi yang akan digunakan oleh Md Afizad Supaat, seorang pelumba berpengalaman.

“Dia akan menjadi aset berharga bagi kita dalam membangunkan jentera baru ini” katanya lagi.

Senarai Pasukan
▪ Prinsipal : Soong Chee Kieong
▪ Pengurus Pasukan: Soon Wai Loan
▪ Penyelaras Pasukan: Wang Hsin Yeow
▪ Komunikasi & PR: KL Lee
▪ Pemasaran / Penaja: Vjin
▪ Penasihat Teknikal (BSH): Lee Chin Hung
▪ Ketua Krew: Tan Chiew Soon
▪ ECU: Saiful
▪ Mekanik: Din & pasukan


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: