Bola Sepak Terkini

JDT, Selangor FC sama liat


Ifedayo meraikan gol untuk Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. FOTO: Selangor FC

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC berpuas hati berkongsi mata apabila seri 1-1 pada perlawanan keempat Liga Super 2021 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini

Selangor terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah melalui jaringan Ifedayo Olesegun minit ke-7 namun JDT hanya perlukan empat minit untuk menyamakan kedudukan melalui gol cantik dari Bergson da Silva.

Permainan berlangsung penuh rancak dan bertenaga dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan JDT memberi reaksi balas pantas. Placing dari Cabrera sedikit melepasi gawang gol Selangor.

Peluang JDT menambah gol apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Ariff Aiman dijatuhkan oleh Ashmawi Yakin. Namun, Cabrera mensia-siakan peluang sepakan penalti apabila bola melambung tinggi.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama mengasak kubu lawan. Minit ke-49, sepakan percuma Bergson tepat ke benteng Selangor manakala percubaan susulan juga tidak membuahkan hasil.

M-57, Syahmi Safari hampir hampir menjaringkan gol buat Selangor namun sepakannya hanya sedikit tersasar.

Bergson melepaskan peluang keemasan memberikan kemenangan JDT apabila gagal memanfaatkan sepakan penalti m-79.

JDT terus galak menyerang tetapi Bergson gagal mengawal bola dari sepakan sudut Safiq Rahim m-83 manakala sepakan percuma Leandro di masa tambahan ditepis keluar Khairul Azhan dan kedudukan kekal hingga ke tiupan wisel penamat.

JDT kini mengutip 10 mata hasil tiga menang dan satu seri manakala Selangor mengumpul mata kelima mereka musim ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading