Bola Sepak Semasa Terkini

Kuala Lumpur makin garang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya (merah) diasak pemain import Perak FC, Sergio Aguero

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KEPULANGAN semula Chong Yee Fatt ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur disambut dengan kedukaan apabila Perak FC tewas 3-0 kepada Kuala Lumpur City FC, sebentar tadi.

Keputusan itu pastinya terus menekan skuad The Bos Gaurus ketika kehadiran mereka ke Kuala Lumpur membawa misi tiga mata selepas tewas 2-0 kepada Terengganu FC pada aksi sebelum ini.

Perak FC seakan lambat panas apabila dilihat lebih banyak bertahan pada tempoh 10 minit pertama namun selepas itu mula pamer keseimbangan.

Ketika aksi babak pertama seakan hampir ditamatkan tanpa jaringan, minit ke-41, Dominique Da Sylva menceriakan kem tuan rumah dengan gol pendahuluan.

Walaupun menggandakan asakan memburu jaringan penyamaan, Perak FC dilihat kekurangan idea untuk cuba memecah benteng pertahanan lawan.

Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Irfan Zakaria (merah) cuba mengekang gerakan pemain Perak FC, Careca

Sebaliknya yang berlaku, Kuala Lumpur City FC memperoleh dua jaringan dalam tempoh 20 minit, kedua-duanya menerusi Romel Morales pada minit ke-46 dan m-65.

Walaupun kedua-dua saling mengatur gerakan, tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: