Bola Sepak Semasa Terkini

Berita baik buat peminat bola sepak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

MUNGKINKAH peminat bola sepak tempatan akan dibenarkan kembali menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga M) di stadium hujung minggu ini.

Itulah persoalan yang timbul selepas  Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi bayangan berita positif bakal diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kebenaran penonton ke stadium dalam sidang medianya, esok.

Terdahulu sebelum ini Reezal Merican juga turut memaklumkan  protokol pengurusan kemasukan penonton telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu lepas.

Ujarnya, KBS sudah pun membentangkan protokol pengurusan penonton kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

“Selepas membuat pembentangan mendapat reaksi yang positif. Rakan-rakan dalam mesyuarat juga memberi sokongan yang penuh.

“Saya tidak mahu mendahului pengumuman esok tetapi Insya Allah penyokong akan diberi pertimbangan,” katanya ketika ditemui selepas hadir melakukan pemantauan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pada masa sama Reezal Merican turut memaklumkan sebagai proses percubaan, dua stadium akan dibenarkan beraksi dengan kehadiran penonton.

“Apa yang menyukarkan saya adalah untuk meyakinkan MKN dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Saya mahu bawa mereka ke stadium untuk melihat sendiri apa yang berlaku di stadium.

“Selepas itu, saya fikir tidak lagi sukar. Dua stadium itu nanti akan ditentukan dalam masa terdekat,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: