Bola Sepak Semasa Terkini

Menyesal tiada guna

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penjaga gol Sabah FC, Robson Rendy Rining cuba menyelamatkan serangan Sri Pahang FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KEKALAHAN 2-1 kepada Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, semalam memaksa Sabah FC segera tekan ‘butang panik’ untuk menghadapi aksi seterusnya selepas ini.

Situasi itu diakui sendiri pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto yang mahu anak buahnya bangkit dari lena bagi mengelak daripada terus dijadikan lubuk mata.

“Pasti,” katanya ketika ditanya tentang keperluan pasukan berasa panik dengan situasi dihadapi sekarang.

“Saya sudah ingatkan kepada pemain bahawa ini bukan lagi perlawanan persahabatan tetapi ini adalah perang sebenar. Saya juga selalu ingatkan supaya terus fokus dan tidak lakukan kesilapan terutamanya di bahagian belakang.

“Setiap perlawanan adalah final. Kami perlu memastikan berada dalam keadaan 100 peratus,” katanya.

Antara aksi yang dirakam dalam perlawanan Sri Pahang FC dan Sabah FC di Stadium Darul Makmur, semalam

Mengulas lanjut kekalahan ketiga musim ini, Kurniawan terpaksa akur yang kedua-dua gol Sri Pahang adalah berpunca daripada kesilapan dilakukan pemainnya.

“Kedua-dua gol yang terhasil kerana kesilapan kami. Semua pemain pasti kecewa tetapi inilah bola sepak.

“Penyesalan sudah tiada guna untuk mengubah keadaan tetapi yang penting sekarang adalah bagaimana untuk kami bangkit,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: