
Oleh : Mohd Fahmi Ismail
JURULATIH TNB, Nor Azlan Bakar bersyukur para pemain kekal konsisten dan meraih tiga mata pada aksi Liga Hoki Malaysia TNBMHL 2021.
Beraksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam, TNB menang besar 6-0 ke atas Nurinsafi HT/Sports.
“Alhamdulillah kita berjaya menang perlawanan ini. Saya rasa kita banyak cipta peluang.
“Tapi paling penting kita dapat jaringkan gol menerusi gol padang dan penalti corner (PC),” ujarnya selepas perlawanan.
Nor Azlin juga melihat ada perubahan kepada pasukannya dari segi keupayaan membuat jaringan.
“Saya harap kita berada pada tahap terbaik dan menjaringkan gol. Kita berjaya mengutip empat mata, sama level dengan THT.
“Mungkin jaringan akan jadi penentu harap pemain fokus dan kekal momentum,” katanya akan menganalisis permainan selepas dua perlawanan.





Add Comment