Badminton Semasa Terkini

All England jadi kayu pengukur kemampuan Pearly-Thinaah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Prestasi Pearly-Thinaah bakal teruji di All England

SELEPAS lebih seminggu berada ‘di awangan’ memegang gelaran juara beregu wanita Terbuka Switzerland, kini pasangan Pearly Tan-M Thinaah bakal kembali menghadapi realiti di pentas antarabangsa.

Kejohanan All England yang bermula Rabu ini, pastinya menjadi kayu pengukur sejauh mana pasangan itu mampu meletakkan diri mereka pada landasan terbaik untuk berada dalam kelompok utama beregu wanita dunia.

Kejayaan di Switzerland itu membolehkan gandingan negara melonjak lapan tangga ke ranking ke-22.

Namun di Birmingham nanti, beregu nombor lapan dunia, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand yang juga pilihan keempat menanti mereka seawal pusingan pertama.

Beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai bakal jadi halangan pertama buat Pearly-Thinaah

Sebagai rekod, kedua-dua pasangan ini belum pernah bertemu dalam sebarang kejohanan antarabangsa sebelum ini.

Mampukah pasangan negara memenuhi harapan peminat serta mengatasi tekanan tersebut, dalam penampilan sulung di kejohanan tertua badminton dunia berstatus Super 1,000.

”Masih ada jurang antara mereka dengan beregu handalan dunia. Pearly dan Thinaah harus terus belajar memantapkan permainan mereka untuk mengurangkan jurang tersebut.

“Kami dalam barisan kejurulatihan berharap mereka akan terus berusaha dengan gigih untuk mencipta kejutan ke atas lawan-lawan yang lebih ternama,” kata jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming kepada CAKAPSUKAN.

Pearly, 20, dan Thinaah, 23, digandingkan pada 2019 dan kejuaraan di Terbuka Switzerland yang berstatus Super 300 adalah gelaran pertama mereka dalam Siri Jelajah Dunia.

Pasangan ini mencipta kejutan apabila menundukkan pilihan ketiga yang juga pasangan nombor 13 dunia, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-19, 21-12 di Basel.

Sebelum ini, mereka pernah menjuarai tiga kejohanan yang berstatus lebih rendah iaitu Siri Antarangsa Malaysia, Cabaran Antarabangsa India dan Cabaran Antarabangsa Bangladesh pada 2019.

Namun pandemik Covid 19 yang melanda dunia tahun lalu, menyekat peningkatan mereka apabila hampir semua kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia dibatalkan sebaik berakhir All England pada Mac 2020.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: