Bola Sepak Semasa Terkini

Isu Sumareh selesai?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sumareh ketika diperkenalkan sebagai pemain JDT

Oleh Mohd Fariq

KEMELUT yang berlaku membabitkan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kini dilaporkan sudah menemui jalan penyelesaian.

Ketika ini, proses penyelesaian sedang dilakukan dengan segala dokumentasi giat disiapkan untuk dihantar kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, penyelesaian itu dicapai menerusi rundingan peringkat tertinggi dan ianya menjurus kepada situasi ‘menang-menang’ antara kedua-dua pihak.

Sebelum ini juga, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sedia membantu menyelesaikan konflik yang berlaku.

Tunku Ismail bantu selesaikan kemelut

“Terima kasih Pahang. Saya akan nego (berunding) dengan dia (Sumareh) untuk ‘settle’ dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement (penyelesaian) Pahang hutang dia,” tulis Tunku Ismail.

Ini kenyataan Tunku Ismail selepas pengumuman kemasukan Sumareh ke JDT.

Terdahulu, isu itu menyaksikan PBNP diarahkan oleh FIFA membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta), tunggakan gaji dan denda.

Perkhabaran baru ini pastinya sesuatu yang positif buat industri dan kemajuan bola sepak tempatan yang kini baru saja memulakan kempen baru Liga Malaysia.

Namun CAKAPSUKAN tidak boleh mendedahkan secara terperinci butiran penyelesaian bagi menghormati proses yang sedang dijalankan dan biarkan pihak berkenaan untuk menjelaskan situasi sebenar, apabila tiba masanya kelak.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: