Bola Sepak Terkini

Jentera serangan Perak FC tumpul


Pemain Perak FC, Leandro (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan TFC, Mohd Arif Fadzilah Abu Bakar.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Perak FC, Chong Yee Fatt mengakui jentera serangannya berdepan dengan masalah meletakkan bola dalam gawang lawan walaupun memiliki beberapa peluang untuk melakukannya.

Baginya, walaupun berjaya mencipta beberapa peluang namun jaringan gagal dihasilkan.

“Saya rasa ada masalah dengan barisan depan, cipta peluang tapi gagal disudahkan penyerang, bola tidak berada dalam gawang lawan,” ujarnya pada media selepas perlawanan.

Jelasnya, mereka beraksi kurang baik pada separuh masa pertama namun bangkit pada babak kedua memburu gol.

“Pasukan cuba bangkit menyamakan kedudukan, pemain menunjukkan karektor, kami boleh perbaiki pada masa akan datang.

“Tetap percaya pasukan akan bangkit dan kita akan segera memperbaikinya,” tegasnya.

Selepas berakhir tiga perlawanan, Perak FC kini menghuni di tangga ketujuh liga mengutip empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu tewas.

Perak FC bakal berkunjung ke Lembah Klang berdepan dengan Kuala Lumpur City FC di Stadium Cheras, Rabu ini.

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: