HASRAT Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, untuk membeli saham di dalam kelab Sepanyol, Valencia FC adalah sahih.
Selepas beberapa kenyataan di dalam Instagram peribadi Tunku Ismail, ramai tertanya tanya adakah benar Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ, akan menerajui kelab gergasi Sepanyol itu.
Akan tetapi, mengikut laporan Media Sepanyol, awal pagi tadi, TMJ mungkin harus tunggu sedikit masa lagi.
‘Segalanya telah di persiapkan untuk menerima TMJ sebagai pemilik baru Kelab Valencia.
“Dikhabarkan TMJ telah mengadakan perbincangan dengan pemilik Valencia, Peter Lim semalam untuk mencapai kata putus pembelian saham kelab tersebut.
“Bagaimanapun, pertemuan tersebut tidak berjaya mencapai matlamat kepada dua-dua pihak,” dipetik laporan Media Sepanyol.
Peter Lim adalah salah seorang ahli perniagaan terkaya di Singapura dan juga sahabat lama TMJ dan mempunyai urusan perniagaan lain.

Memetik laporan terbaru Media Sepanyol itu, ia berkaitan persetujuan pegangan saham yang akan di beli TMJ dan juga, carta organisasi baru Valencia, yang juga di kenali sebagai kelab Mestalla.
“Masalah yang timbul adalah Peter Lim masih mahu menjadi pemegang saham terbesar.
“Ini yang telah melambatkan persetujuan kedua-dua pihak untuk mencapai kata putus,” memetik laporan tersebut.
Jika semalam urusan pembelian berhasil, TMJ di jangka akan tiba di Valencia untuk urusan rasmi julung kalinya dalam tempoh 15 hari.
Baru-baru ini, bekas bintang Arsenal dan Villarreal, Robert Pires menghubungi TMJ selepas sahaja skuad JDT mencatat kemenangan 2-0 ke atas Penang FC pada Selasa malam.
Menurut Facebook Johor Southern Tigers, TMJ menerima ucapan tahniah daripada Pires dan dalam masa sama mereka dikatakan turut berbincangkan beberapa perkara mengenai pembangunan bola sepak Johor dan Sepanyol.
Sentuhan TMJ tidak boleh dinafikan apabila pencapaian terbesar diraih JDT adalah melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
JDT juga merekodkan juara Liga Super buat kali ketujuh sejak tahun 2014.
Dilaporkan juga, terdapat 15 ahli perniagaan di Valencia yang juga telah bersedia untuk membeli saham kelab Valencia jika urusan di antara TMJ dan Peter Lim tidak menemui jalan penyelesaian.
Dalam jangka masa terdekat ini, bakal terjawab semua persoalan.
Add Comment