Bola Sepak Semasa Terkini

FAM gantung dua pengadil, Beto dan Goncalves dirujuk Jawatankuasa Tatatertib FAM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

KESILAPAN yang dilakukan dua pengadil, Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin dan Mohd Fairuzi Mat Desa menyaksikan kedua-duanya ‘dibekukan’buat sementara waktu.

Mohd Amirul dan Mohd Fairuzi akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, Nagor Amir Noor Mohamed untuk mengikuti program penambahbaikkan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan FAM, sebentar tadi, Mohd Amirul telah didapati berada di kedudukan yang salah di dalam kotak penalti sehingga menyebabkan beliau ditolak oleh penyerang Kelantan FC, Jack Hindle.

“Pengadil berkenaan akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, Nagor Amir Noor Mohamed untuk mengikuti program penambahbaikan.

“Pemain Kelantan FC, Jack Hindle akan dirujuk kesnya ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video ekoran tindakannya menolak pengadil secara agresif,” ujar kenyataan tersebut.

Bagi Mohd Fairuzi Mat Desa yang mengadili perlawanan membabitkan aksi PJ City FC menentang Melaka United FC, 10 Mac lalu dia didapati telah membuat kesilapan apabila gagal mengesan tindakan pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri melakukan simulasi atau diving dalam kotak penalti Melaka United FC dan tetap dengan keputusannya untuk memberikan sepakan penalti kepada pasukan PJ City FC.

“Mohd Fairuzi telah dikenakan tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan selama dua minggu secara serta-merta dan akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM.

” Pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri atau lebih dikenali Beto pula akan dirujuk kesnya ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video ekoran tindakannya yang sengaja melakukan simulasi atau diving dalam kotak penalti Melaka United FC bagi mendapatkan sepakan penalti,” tegasnya.

Kenyataan media tersebut juga memaklumkan pemain Melaka United FC, Alex dos Santos Goncalves akan dirujuk kesnya ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video ekoran tindakannya yang sengaja membaling bola ke arah pengadil, Mohd Fairuzi Mat Desa selepas meraikan gol kedua Melaka United FC pada penghujung perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: