Bola Sepak Semasa Terkini

Zainal kecewa lagi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain tuan rumah, Wan Zaharulnizam (kanan) cuba mengekang pergerakan pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck.

Oleh : Subkhi Sudarji

KETUA Jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan nyata kecewa dengan deretan peluang terhidang yang gagal dimanfaatkan barisan pemainnya sehingga menyebabkan pasukan terus berkongsi mata dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sri Pahang FC.

Tegasnya, hanya jaringan gol yang mampu memberikan kemenangan namun ia gagal diterjemahkan barisan pemainnya walaupun memiliki peluang diseparuh masa pertama dan kedua.

“Kecewa dengan peluang terhidang, banyak peluang namun gagal disudahkan. Nampaknya saya perlu banyak kerja lepas ini untuk memastikan pemain menjaringkan gol.

“Kita kerugian dua mata dengan aksi dilaman sendiri, hanya gol yang akan memberikan kemenangan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat itu, peluang terbaik tuan rumah membuka jaringan hadir menerusi sayap lincah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke -25 dan ke-40 namun ia tidak kesampaian.

Begitu juga pada babak kedua percubaan S Kumaahran hanya menggegar palang gol lawan pada minit ke-72 ketika penjaga gol lawan, Zarif sudah tertewas.

Keputusan seri tanpa jaringan ini menyaksikan MUFC melakar keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut yang meletakkannya kini berada dikedudukan kesembilan liga.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: