Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Angin Selatan pembakar semangat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh Mohd Fariq

AKHIRNYA skuad Harimau Malaya akan kembali berkumpul untuk menjalani sesi latihan pusat selepas setahun ekoran penangan pandemik Covid-19.

Kem latihan pusat skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan diadakan di Johor Bharu bermula 22 Mac ini.

Sesi pusat latihan itu adalah sebagai persiapan menghadapi baki perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung 31 Mei hingga 15 Jun 2021.

Aksi Kumpulan G yang membabitkan skuad Harimau Malaya akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara format karnival.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato Yusof Mahadi mengesahkan kepada CakapSukan.

“Johor menjadi pilihan kem latihan kali ini dan semua pemain termasuk pihak pengurusan telah lama menanti untuk pasukan berlatih semula.

“Masa inilah paling penting dalam persiapan pasukan. Kita hanya ada dua bulan untuk memastikan semua berjalan lancar,” kata Yusof.

Pemilihan Johor Bharu sebagai tempat latihan adalah pilihan tepat, dengan fasiliti berkelas dunia dan semua kemudahan lain yang ada di “home ground” JDT itu.

Apa yang pasti, perkhabaran ini cukup menggembirakan pemain dan staf kejurulatihan kerana hampir setahun lebih lamanya tidak bersama mendapatkan latihan intensif.

 

Yusof Mahadi

Seramai 30 pemain yang beraksi di Liga Super dan Liga Premier bakal disenaraikan oleh Chang Hoe dan pemain yang terikat dengan kelab akan menyertai kem latihan pusat pasukan kebangsaan selepas 21 Mac ini.

Terdahulu, kem latihan pusat skuad kebangsaan dijadual pada awal tahun ini terpaksa dibatalkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 26 Januari lalu.

Penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin turut dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang berpangkalan di Johor Bahru, nanti.

Malaysia akan bertemu UAE pada 2 Jun sebelum pertemuan dengan Vietnam dan Thailand.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: