
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora jelas gembira dengan kelibat Arif Aiman Mohd Hanapi ketika pemain 19 tahun itu cetus impak besar pada kemenangan 4-0 ke atas UiTM FC di Stadium UiTM, semalam.
Walaupun dihimpit masalah kecederaan dialami penyerang kebangsaan, Safawi Rasid, Mora merasakan aksi cemerlang dipamerkan Arif membuktikan yang pasukannya memiliki kekuatan seimbang untuk mengekalkan kejuaraan.
“Kami sering bercakap dengan Arif dan banyak membantunya dapatkan keyakinan. Dia ada kemahiran, bakat dan masa depan. Dia tahu apa yang perlu buat dan ini sesuatu yang bagus untuk kami.
“Secara tidak langsung ia beri keseimbangan yang baik untuk pasukan mengahdapi jadual yang padat,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.
Kesemua gol JDT dijaringkan Arif, Gonzalo Cabrera, Bergson dan Symer Kutty Abba.

Mengulas lanjut keadaan Safawi, Mora yakin pemain itu memiliki mentaliti yang kuat untuk kembali bangkit daripada situasi ini.
“Pasti dia akan pulih cepat kerana dia pemain yang kuat. Saya juga harap dia dapat kembali secepat mungkin,” katanya.
Add Comment