Bola Sepak Semasa Terkini

Demi lencana di dada

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

EKSKLUSIF oleh MOHD FARIQ

PENYERANG KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin akan sampai ke tanah air hari ini dari Belgium selepas tersenarai dalam pusat latihan yang berpangkalan di Johor Bharu mulai 22hb Mac.

Pemain berusia 18 tahun dari Kelantan itu antara salah satu nama yang dipanggil ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang kini sedang giat persiapkan pasukan dalam misi kelayakan Piala Asia 2023 bakal berlangsung di Abu Dhabi pada bulan Jun ini, secara karnival format.

Luqman akan menjalani sesi kuarantin selama tujuh hari di Kuala Lumpur sebelum terbang ke Johor Bharu menyertai pasukan kebangsaan menjalani sesi latihan selama lapan hari.

Sebaik selesai menjalani sesi latihan bersama pasukan kebangsaan, Luqman akan terus terbang ke Belgium dan kembali berkhidmat bersama KVK.

“Saya teramat terharu dengan perkembangan terkini.

“Saya sentiasa bersedia untuk pasukan kebangsaan dan saya akan buat terbaik, apatah lagi dengan sedikit pengalaman saya di bumi Eropah selama 6 bulan,” kata Luqman kepada CakapSukan.

Luqman bakal menjalani latihan skuad kebangsaan berpangkalan di Johor Bharu mulai 22 Mac nanti.

 

Sementara itu, menurut pemilik KVK, Tan Sri Vincent Tan, beliau memberitahu Luqman akan sentiasa diberikan pelepasan khas jika terpanggil untuk berkhidmat bersama pasukan kebangsaan.

Jelas Vincent Tan, yang juga Pengasas Kumpulan Berjaya, Malaysia sentiasa menjadi agenda utama dan beliau tidak sesekali teragak-agak untuk membenarkan Luqman pulang ke tanah air.

“Saya selalu berkata bahawa skuad kebangsaan adalah keutamaan buat Luqman.

“(Menyertai pasukan) Malaysia sentiasa menjadi perkara pertama dan perkara ini bagus buat Luqman yang menyertai pasukan kebangsaan.

“Berbekalkan pengalamannya bermain di Jupiler Pro League, ia sedikit sebanyak dapat membantunya bermain lebih baik ketika bersama pasukan kebangsaan.

“Luqman akan terus balik ke Belgium sebaik selesai menjalani sesi latihan dan jika khidmatnya diperlukan untuk aksi kelayakan Piala Asia 2023, kami akan sentiasa membenarkannya,” katanya kepada CakapSukan

Luqman menyertai KVK sejak September tahun lepas dan kali terakhir di turunkan bersama kelab KVK adalah tiga hari lepas.

Dalam perlawanan persahabatan menentang KV Oostende, Luqman masuk sebagai pemain gantian pada min 73, menggantikan penyerang utama skuad itu, Teddy Chevalier.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: