Bola Sepak Terkini

Shamsul tak boleh lagi sembunyikan kekecewaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Alif Zikri cuba merapatkan jurang tetapi tiada tambahan jaringan hingga tamat perlawanan. FOTO : MFL

 

Oleh Mohd Fahmi Ismail

PENGENDALI Perak FC 2, Shamsul Saad akui tidak lagi boleh menyembunyikan perasaan kecewa selepas tewas tipis 2-1 kepada Kelantan United FC dalam saingan Liga Premier, petang semalam.

Jelasnya, misi mereka ke Kota Bharu adalah mencari mata tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong.

“Perlawanan ini kami pilih untuk sekurang-kurangnya ada satu mata. Kita dah rancang bermain menyerang. Kita banyak buat high pressing dan ball possesion.

“Cuma benda yang sangat kecewa (buat pemain) apabila kita kena gol yang cukup tak munasabah. Pemain salah marking dan mungkin kelekaan di bahagian pertahanan.

“Ini perkara yang perlu pemain saya ambil berat selepas ini,” ujarnya selepas perlawanan.

Begitupun, Shamsul tetap puji para pemain Perak FC 2 walaupun ketinggalan, tetap bersemangat bermain bersungguh-sungguh sepanjang 90 minit perlawanan.

Pada perlawanan itu, Perak FC 2 mendapat gol tunggal menerusi Alif Zikri Zaini Anuar minit ke-59.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: