Antarabangsa Bola Sepak

Gol lewat Masina ragut kemenangan Cardiff


Watford rentap tiga mata Cardiff di halaman sendiri, awal pagi tadi.

CARDIFF City mencicirkan tiga mata penting apabila bolos menerusi jaringan penghujung minit permainan kepada Watford di Wales, awal pagi tadi.

Kekalahan ini juga mencemarkan rekod bersih tanpa kalah Cardiff dalam 11 perlawanan Liga Kejuaraan sejak dibimbing Mick McCarthy.

Bercakap dengan media, beliau akui ia sesuatu yang menyakitkan hati sebagai pengurus pasukan.

“Itu sangat kejam, dan sukar bagi pemain. Mereka bekerja keras untuk memastikan pasukan yang baik.

“Setelah mendahului, saya kecewa kerana kami bolos tidak lama kemudian. Itu memberikan lawan momentum

“Mereka adalah pasukan yang bagus, mereka mungkin lebih baik daripada kami pada hari itu, tetapi saya fikir kami membatasi mereka dengan peluang yang sangat sedikit.

“Dan akhirnya kehilangannya (kalah), itu sangat mengecewakan bagi kita semua. Saya dapat rasai perasaan pemain,” ujarnya dalam laman rasmi kelab.

Kedua-dua pasukan bertukar gol dengan pantas pada babak pertama sebelum Adam Masina muncul meledak gol saat akhir masa tambahan.

“Saya fikir keputusan seri adalah keputusan yang adil,” katanya lagi.

The Bluebirds kini berada di kedudukan kelapan liga dan mengutip 54 mata selepas beraksi 36 perlawanan.

Cardiff ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan tangga keenam, Barnsley untuk perebutan slot ke play-off musim 2021/2022.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: