
MANCHESTER City terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris setelah ‘melibas’ Fulham 3-0 di Craven Cottage, sebentar tadi.
Kebuntuan jaringan pada babak pertama, The Citizen seakan melepas geram ke atas pasukan Scott Parker itu dengan tiga gol tanpa balas.
John Stones membuka akaun gol, disusuli Gabriel Jesus, sebelum Sergio Aguero menyempurnakan penalti untuk mengakhiri permainan dengan jayanya.
Gol Kun Aguero juga merupakan yang pertama sejak 15 bulan lalu, kali terakhir merobek gawang lawan semasa bertemu Sheffield United, Januari 2020.
Add Comment