
KUALA Lumpur City FC melepaskan status ‘Gergasi Lembah Klang’ apabila sekadar seri 1-1 dengan Selangor FC di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Ketika aksi seakan berakhir dengan keputusan seri, Kuala Lumpur City FC ceria apabila bintang importnya, Dominique Da Sylva meledak gol pembukaan perlawanan pada minit ke-80.
Semuanya berjalan lancar buat skuad kendalian Bojan Hodak untuk dinobatkan jaguh Lembah Klang namun tempoh 10 minit terakhir seakan mimpi ngeri buat Kuala Lumpur City FC.

Selepas bekerja keras memburu jaringan penyamaan, usaha dilakukan Red Giants membuahkan hasil apabila pertahanan import Selangor, Safuwan Baharudin menggegar gawang lawan untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Add Comment