Bola Sepak Semasa Terkini

JDT terlalu unggul , Selangor FC sekadar seri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Antara aksi yang dirakam pada perlawanan UiTM FC dan JDT

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal dengan rekod bersih dalam tiga perlawanan awal Liga Super apabila menumpaskan UiTM FC 4-0 di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.

JDT bermula dengan kurang baik apabila kehilangan khidmat Safawi Rasid seawal minit ke-8 namun pemain gantian, Arif Aiman Mohd Hanafi pantas beri impak.

Selepas masuk menggantikan Safawi, pemain berusia 19 tahun itu hanya memerlukan tiga minit untuk membuka jaringan Harimau Selatan sebelum Gonzalo Cabrera menambah derita tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-15.

Ketika tuan rumah menunjukkan kesungguhan untuk kembali bangkit, JDT juga terus bernafsu apabila memasukkan penyerang import baru, Bergson bagi memburu tambahan jaringan.

Kemasukkan Bergson pantas menghadirkan impak apabila pemain itu terus membuka ‘akaun jaringan’, meledak gol ketiga JDT pada minit ke-81, diikuti gol keempat menerusi Syamer Kutty Abba, minit ke-90.

Syamer (no 5) meledak gol keempat JDT

Sementara itu dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jaringan Safuwan Baharudin di penghujung perlawanan menyelamatkan Selangor FC dari mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi Dominique Da Syla terlebih dahulu mengegarkan gawang tuan rumah pada minit ke 80.

Ketika tiga mata bakal diraih Kuala Lumpur United FC, Safuwan berjaya menjaringkan gol penyamaan buat tuan rumah dipenghujung perlawanan untuk memastikan keputusan seri 1-1.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: