Bola Sepak

Seri keputusan adil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BOJAN Hodak menyifatkan keputusan seri dalam saingan Liga Super 2021 semalam adalah adil buat para pemain Kuala Lumpur City FC.

Mereka menamatkan aksi menentang Selangor FC 1-1 dalam masa penuh permainan.

Pada masa sama, dia memuji aksi bertenaga dipamerkan benteng pertahanan yang mengekang baik pemain tuan rumah.

“Pertahanan kami beraksi baik. Bijak mengawal keadaan dan menekan lawan.

“Beberapa peluang juga tercipta dan secara keseluruhan seri merupakan keputusan adil bagi kami,” katanya.

Perak FC akan menjadi lawan seterusnya di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Rabu ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: