Bola Sepak Semasa Terkini

KBS yakin kredibiliti Hamidin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KBS meluahkan rasa yakin terhadap kepimpinan Hamidin

PEMILIHAN Datuk Hamidin Mohd Amin untuk terus menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat tepat pada masanya dan mampu untuk memacu sukan itu ke arah lebih baik.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau percaya dengan kemampuan Hamidin dalam melaksanakan amanah itu untuk penggal 2021 hingga 2025.

“Tahniah Presiden FAM, Datuk Hamidin serta Timbalan Presiden, Naib Presiden dan semua yang telah dipilih menerajui Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tempoh lima tahun bagi penggal 2021 hingga 2025.

“Saya percaya Datuk Hamidin serta pasukan akan dapat melaksanakan amanah ini dengan baik untuk membawa pembangunan dan kegemilangan bola sepak tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.

“Semoga dengan barisan kepimpinan FAM 2021-2025 ini, bola sepak Malaysia akan terus maju tidak kira apa jua cabaran yang dihadapi,” katanya menerusi laman Facebook rasmi miliknya.

Sejak mula dilantik sebagai presiden pada 2018, banyak gerak kerja sudah dilakukan Hamidin demi membantu peningkatan sukan itu termasuk kemajuan skuad kebangsaan.

Sejak muncul presiden ketujuh badan induk itu, Hamidin sudah pun memperkenalkan Peta Hala Tuju FAM (F:30), satu pelan strategik secara menyeluruh.

Malah dibawah pimpinan Hamidin juga, buat julung kali FAM merealisasikan projek naturalisasi pemain sebagai pelan jangka masa pendek.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: