Basikal Semasa Terkini

Neitzel rasai perit hilang dua mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Selangor FC meraikan gol sendiri pelawat untuk berkongsi satu mata, malam tadi. FOTO : MFL

JURULATIH Selangor FC, Karsten Neitzel dapat merasai perasaan kehilangan dua mata apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Derby Lembah Klang, semalam.

Pada pertemuan di Petaling Jaya itu, skuad City Boys bimbingan Bojak Hodak hampir pasti membawa pulang mata penuh pada aksi berkenaan selepas berjaya mendahului tuan rumah pada minit ke-80 menerusi jaringan Dominique Da Sylva.

Bagaimanapun, The Red Giants memastikan dapat meraih satu mata berharga pada aksi tetangga itu menerusi jaringan sendiri pada minit akhir perlawanan pertahanan skuad ibu kota, Giancarlo Gallifuoco.

“Lawan sumbat jaringan pertama dan selepas itu menunjukkan karakter bagus. Kami kawal perlawanan dan hantaran terakhir membuahkan gol.

“Prestasi pemain baik. Tidak terlalu teruk. Kami akan bina semula skuad dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Mengulas pertemuan menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada Rabu ini, Neitzel menyatakan persiapan mereka sama seperti biasa.

“Cuma kami akan buat pemulihan, analisis permainan dan meningkatkan tahap keupayaan pemain,” katanya lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: