
PENGENDALI UiTM, Frank Bernhardt jelas kurang senang dengan apa yang dipamerkan barisan pertahanannya ketika akur tewas 4-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.
Walaupun puas hati dengan kesungguhan pemain muda, Bernhardt merasakan dua gol awal JDT jelas beri kesan besar.
“Bertahan dengan kurang baik menyaksikan lawan kita memperoleh dua gol dan pemain sepatutnya dapat atasi situasi berkenaan.
“Mereka perlu atasi situasi ini tetapi sukar untuk melakukan pertukaran kerana kita menentang pasukang terbaik di negara ini,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Empat gol JDT dijaringkan pemain muda, Arif Aiman Mohd Hanapi, Gonzalo Cabrera, Syamer Kutty Abba dan import baru, Bergson.
Yang jelas, keputusan itu meletakkan UiTM FC dalam situasi sukar dan bahaya ketika mereka kini hanya mampu meledak satu gol sepanjang tiga perlawanan dihadapi.
Add Comment