
BINTANG tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim tersenarai bagi kategori Pemain Tengah Terbaik – Kesebelasan Utama Sepanjang Zaman Piala AFC oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Perkara ini diumumkan oleh laman web rasmi AFC pada Jumaat bagi pencarian pasukan impian AFC CUP XI dengan 12 pemain tengah yang hebat untuk dipilih.
Selain Safiq, rakan sepasukan, Hariss Harun turut tersenarai bagi anugerah tersebut.
Profil :
Safiq Rahim – Malaysia 2010-2018
Kelab: Selangor, Johor Darul Ta’zim
Gol Piala AFC : 17
Pencapaian: Juara AFC Cup (2015), MVP (2015)
Hariss Harun – Singapura
2015-2018
Kelab: Johor Darul Ta’zim, Home United
Gol Piala AFC : 1
Pencapaian: Juara AFC Cup (2015)
Add Comment