Bola Sepak Semasa Terkini

Sri Pahang FC sedia ganti penyerang import

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua pasukan Sri Pahang FC, Muslim Ahmad (kanan) berusaha keras mengekang percubaan pemain tuan rumah.

Oleh : Subkhi Sudarji

KETUA Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh tidak menolak kemungkinan akan melakukan pertukaran penyerang importnya seandainya masih gagal membantu pasukan.

Tegasnya, ada kemungkinan rombakan pemain akan dilakukan khususnya penyerang import yang kurang menyerlah.

“Tapi, ada kemungkinan juga bahagian serangan khasnya, saya akan beri peluang lagi terutamanya kepada pemain import kerana dibahagian serangan ini tidak menyerlah dan tidak membantu.

“Jadi, dalam sehari dua ini saya akan tengok macam mana keadaan dalam sesi latihan dan kalau patut ditukar, saya akan tukar,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Kunjungan pasukan Sri Pahang ke Stadium Hang Jebat bertemu pasukan Melaka United malam tadi memperlihatkan usaha dan keyakinan yang seterusnya berjaya membawa pulang satu mata berharga untuk skuad yang kini dibawah kendalian Dollah Salleh, selepas Thomas Dooley ‘direhatkan’.

Keputusan seri itu juga sebenarnya mata pertama skuad Sri Pahang dalam Liga Super Malaysia 2021, sejak saingan liga dimulakan pada 5 Mac lalu.

Mengenai aksi malam tadi, Dollah masih belum berpuas hati secara keseluruhan dan menganggap ia bukan aksi sebenar pasukan.

“Syukur alhamdulillah dapat seri. Tapi corak permainan masih lagi ‘below par’.

“Cuma bila 10 minit terakhir itu, nampak ada perubahan dan banyak peningkatan dengan kemasukan tiga pemain muda .

“Jadi, pada keseluruhannya (saya) masih tidak berpuas hati, tapi saya sendiri pun belum melatih pasukan lagi. Saya cuma ambil alih untuk perlawanan ini sahaja.

“Mungkin perlawanan akan datang saya akan buat yang terbaik dalam sesi latihan. Dan itu pun cuma ada satu hari sahaja,” katanya.

Sri Pahang FC kini menghuni tangga kedua tercorot liga selepas tiga perlawanan dan hanya mengutip satu mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: