Bola Sepak Semasa Terkini

TFC ekori rapat JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyerang import Perak FC, Guilherme De Paula (tengah) dikawal kemas pemain TFC.

Oleh : Subkhi Sudarji

TERENGGANU FC terus memberikan saingan kepada penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila merakam kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan Perak FC, 2-0 di Stadium Perak sebentar tadi.

Tiga mata yang penuh yang diraih skuad bimbingan Nafuzi Zain ini meletakkan mereka dikedudukan kedua liga berkongsi sembilan mata dengan JDT namun perbezaan jaringan membezakan kedudukan selepas tiga perlawanan.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, gol pada setiap babak sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat pelawat yang hadir dengan motivasi tinggi selepas menewaskan Selangor FC, 3-1 dilaman sendiri Selasa lalu.

Penyerang TFC, Faisal Halim meletakkan pasukan dihadapan pada minit ke 24 sebelum pemain import yang beraksi di bahagian tengah, Dechi Marcel menggandakan kelebihan dipenghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan pasukan.

Selepas ini TFC bakal menanti kunjungan Melaka United FC, 17 Mac pada aksi di Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu.

Kedudukan terkini pasukan selepas tiga perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: