Bola Sepak Terkini

Saya bukan gila kuasa: Hamidin


Hamidin ambil keputusan melepaskan jawatan Presiden MFL

Oleh Subki Sudarji dan Mohd Fitrie Muhamad

Kerja terakhir saya adalah melakukan pengstrukturkan semula dan ini masa sesuai!

Demikian reaksi Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin yang akan melepaskan jawatannya itu selewat-lewatnya selepas Hari Raya ini.

Hamidin melepaskan jawatan Presiden MFL

Walaupun berat untuk semua pihak menerima keputusan berkenaan, Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merasakan sekarang adalah masa sesuai untuk memberi peluang kepada ‘orang baru’ dengan idea yang lebih segar untuk membantu MFL.

“Saya serahkan kepada Lembaga Pengarah MFL untuk memilih presiden baru. Kalau FA dan FC sudah berpisah, jadi eloklah (keputusan melepaskan jawatan Presiden MFL).

“Orang baru mungkin ada idea baru dan saya juga takut timbul isu konflik kepentingan. Saya tidak perlu nak tamak kuasa tetapi saya tidak benarkan presiden (yang bakal dilantik) datang daripada FAM.

“Saya tidak mampu dan saya perlu fokus kepada FAM. Sebagai Presiden Fam, saya juga akan bantu kerana ada sebahagian ada kena mengena dan saya rasa ini adalah keputusan tepat,” katanya pada sidang media selepas Kongress Fam ke-57.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading