Bola Sepak Terkini

Reaksi dan keazaman Exco baharu FAM 2021-2025


Oleh : Subkhi Sudarji dan Mohd Fitrie Muhamad

LENGKAP sudah senarai penuh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 yang dimuktamadkan dalam Kongres FAM ke 57 yang berlangsung di Hotel Zenith, Putrajaya, hari ini.

Lapan kerusi berubah membabitkan satu bagi kerusi Timbalan Presiden, dua kerusi Naib Presiden, empat kerusi Exco dan satu kerusi Exco Wanita pada kongres pemilihan yang berlangsung di Putrajaya.

Dua kerusi Timbalan Presiden menjadi milik penyandang, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan muka baharu, Datuk S Sivasundaram sementara empat Naib Presiden adalah Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Joehari Ayub, Mohd Firdaus Mohamed dan Datuk Posa Majais.

Lapan Exco menyaksikan empat penyandang kekal iaitu Datuk Jefferey Low Han Chau, Datuk Hisamudin Yahya, Chris Raj, Dali Wahid dan empat muka baharu adalah Saaran a/l Nadarajah, Datuk Seri Shahril Mokhtar, Datuk Adly Shah Mohd Tah serta Syed Yazid Syed Omar.
Exco Wanita pula menjadi milik Datuk Suraya Yaacob dan muka baharu, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah yang kedua duanya menang tanpa bertanding.

CakapSukan yang turut berada mengikuti perkembangan berkenaan berpeluang menemuramah Exco-Exco baharu yang dilantik.

–Dato’ Sri Shahril bin Mokhtar-

“Saya bersedia memegang sebarang protfolio yang diberikan, matlamat saya sudah pastinya membantu Presiden menjayakan misi dan visi yan telah ditetapkan.

“Pelaksanaan KPI yang diperkenalkan Presiden kepada Exco bagi penggal 2021-2025 adalah langkah yang tepat dan bijak bagi memastikan semua Exco bekerja bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan FAM pada masa akan datang,”

Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah

 

“Saya sudah mengenali dan memahami corak kerja Presiden FAM yang sememangnya mahukan kejayaan dan hasil berkualiti dalam setiap perancangan. Jadi ini tidak susah bagi saya kerana sudah pastinya saya akan melipatgandakan kerja-kerja serta usaha untuk membantu Presiden”.

 

Saaran a/l Nadarajah

 

“Pengalaman dalam bidang undang-undang akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu Presiden dan FAM, ini tugas dan amanah yang perlu saya pikul dan laksanakan bagi memastikan perancangan F:30 yang digarapkan Presiden menjadi kenyataan.

 

Syed Yazid bin Syed Omar

 

“Dalam kepimpinan dalam FAM, saya terima apa saja portfolio yang diberikan presiden. Saya akan cuba terbaik demi bola sepak negara. Saya akan membela nasib jurulatih tempatan yang kebanyakan jurulatih tempatan dipinggirkan. Kita mahu mereka ada lesen dan diberi peluang”.

Exco Wanita, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

 

“Sebagai seorang orang baru, ia mencabar bagi saya, kita akan cari strategi untuk pembangunan bola sepak wanita. Tumpuan lebih mendalam dan banyak usaha yang boleh dipertingkatkan lagi. Kita nak perkasa bola sepak wanita”.

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: